1 November 2011

'PAKU' CINTA HINGGA KE MATI

Setiap paku yang digunakan mewakili satu sifat yang ingin dibuang

Merawat masalah berhubung:

  • Pasangan curang.
  • Pasangan buas.
  • Pasangan lupa tanggungjawab
  • Pasangan banyak menghabiskan masa di luar berbanding di rumah
  • Pasangan tidak mesra
  • Dan banyak lagi.

Cinta boleh diikat sehingga ke mati
Setiap orang mempunyai pilihan sama ada ingin membiarkan keburukan tersebut terus berlaku atau merawatnya. Mungkin jika dibiarkan, ia akan melarat hingga berlakunya keruntuhan di dalam rumah tangga.
Bagi menyelesaikan masalah suami yang buas atau ganas, saya hanya menggunakan paku. Melalui kaedah ini, segala sikap buruk suami bukan sahaja dapat dibuang, malah perasaan cinta dan sayang suami akan diikat selama-lamanya.
Rawatan ini menggunakan sebatang hingga maksimum 7 batang paku. Sebatang paku yang digunakan mewakili satu sifat seperti jiwa, raga, nafsu, kasih, sayang, hati, keinginan dan sebagainya. Setiap paku dizikirkan dan diritualkan berserta gambar pasangan mengikut permintaan pelanggan. Sesudah itu, gambar dan paku tersebut diserahkan semula kepada pelanggan untuk ditanam.
Lebih besar saiz paku, lebih kuat kuasanya.
Bagi pasangan yang terlalu ganas dan sukar dikawal, saya mengesyorkan agar mereka terus menggunakan maksimum 7 batang paku. Dengan ini, cinta dan kasih sayang pasangan akan di'paku' hingga ke mati.
Adakalanya pasangan yang tidak mempunyai perangai buruk pun boleh menjadi lupa kepada tanggungjawab di dalam rumah tangga. Ada yang terikat dengan kawan-kawan, 'gila' bekerja dan seumpamanya. Walaupun kes-kes seperti ini tidak, namun ia juga boleh dirawat sebelum melarat dan mengundang masalah lain seperti kecurangan dan sebagainya..
Rawatan ini merupakan salah satu daripada kaedah rawatan yang paling banyak mendapat permintaan pelanggan. Selain memberi kesan dalam tempoh yang singkat, ia juga bertahan lebih lama.