1 November 2011

MANDI BUNGA DAN PENYERI WAJAH

Secara lazimnya, seri wajah dan diri seseorang akan hilang seiring dengan peningkatan usia. Atas sebab itulah pelbagai kaedah telah diperkenalkan sejak lama dahulu bagi mengekalkan atau mengembalikan seri diri. Bagi masyarakat Melayu, kaedah yang sering diamalkan adalah Mandi Bunga.

Saya secara peribadi mengesyorkan agar Rawatan Mandi Bunga dilakukan setiap 6 bulan sekali bagi mengekalkan seri wajah dan diri. Itulah yang sering diamalkan oleh Puteri Jawa suatu ketika dahulu.

Sebenarnya bukan perkara biasa jika kita melihat seseorang wanita yang cantik tetapi wajahnya tidak berseri. Sementara itu, ada pula yang rupa parasnya biasa tetapi sering menarik mata kita untuk memandangnya. Itulah perbezaan antara wajah yang berseri dan tidak.

Bagi Rawatan Mandi Bunga yang saya lakukan, ia bukanlah sekadar mandi bunga biasa tetapi turut disertakan jampi. Pelanggan boleh merasakan perbezaannya sebelum dan selepas rawatan.

Rawatan Mandi Bunga baik untuk seri, semangat dan rezeki
Selain itu, mandi untuk memulihkan semangat juga ada disediakan. Mungkin ada di antara kita yang sering merasa malang sentiasa dan ini membuatkan diri tidak bersemangat. Adakalanya kita tidak perasan sesuatu telah membuatkan semangat kita lemah. Contohnya melalui tempat-tempat 'keras'.

Selalunya, saya akan mengesyorkan Rawatan Mandi Bunga dilakukan sebaik sahaja seseorang sudah berusia 18 tahun dan ke atas. Ini bukan sahaja untuk penyeri tetapi juga semangat dan rezeki.

MANDI BUAH-BUAHAN

Selain mandi bunga, Rawatan Mandi Buah-Buahan juga ada disediakan. Ini khusus untuk mengekalkan awet muda dan kelebihan lain. Antara buah-buahan yang boleh digunakan ialah epal merah, epal hijau, oren dan delima. Buah pisang tidak boleh digunakan kerana khasiatnya tidak begitu tinggi untuk rawatan ini.